Khamis, Jun 24, 2010

Allah itu Maha Adil.

aku ada terbaca dalam satu buku ni, dia tulis kat situ yang kita tak sepatutnya membandingkan diri kita dengan orang lain sebab itu akan memberi kesan negatif kat diri kita sendiri. aku selalu jugak la banding2 kan diri aku dengan orang lain, yela orang lain pandai, tapi kenapa aku tak boleh jadi macam diorang. ternyata apa yang aku buat tu salah. buku tu tulis lagi kita dibesarkan dalam latabelakang keluarga yang berbeza dan suasana yang berbeza, jadi perkembangan emosi,jiwa dan fikiran manusia tidak sama. dia tulis lagi jangan menyangka harta orang lain yang banyak maka dia lebih baik daripada kita, dan jangan pula berasa bahawa satu hari nanti harta kita banyak daripada mereka, kita lebih baik daripada mereka.
jadi kita kena bina diri kita sendiri, sayang diri sendiri. Allah tu Maha Adil, Dia kurniakan bakat dan kemampuan untuk capai kejayaan dalam hidup berbekalkan kelebihan dan kekurangan yang ada dalam diri kita ni.
kesimpulannya, kita harus bandingkan diri kita sendiri dengan kemampuan dan kebolehan yang kita ada.

notakaki: apa yang ditulis diperolehi daripada sebuah buku.

Rabu, Jun 23, 2010

hitam itu menawan. putih itu bergaya.

hitam putih, warna kehidupan aku. diterapkan ke dalam blog yang berwajah baru. bosan kot dengan yang lama. kalau aku bosan yang membacanya lagi la bosan kan. so, just enjoy it!

p/s: xde cerita yang menarik untuk paparan kali ni.

Isnin, Jun 21, 2010

unexpected result.

first entry untuk bulan ni. keputusan yg tak disangka, tapi alhamdulillah. keputusan yg tak disangka tidak bermaksud keputusan yang gempak, tapi keputusan yang bagi aku amat teruk, tapi aku bersyukur sebab xde yang gagal. aku sendiri pun tak tau kenapa result aku jatuh menjunam, nak kata aku tak study, aku study even study last minit pun, entah la. mungkin ade salah satu subjek yang membuatkan result aku teruk. mana tak nye, masa presentation untuk final projek, aku kena hentam teruk ngn penilai. dia kata aku tiru report orang lain la. dush! memang aku rasa down gila masa tu. mungkin subjek tu markah aku rendah. kadang2 aku rasa macam tak adil, tapi tak pe la, benda yang da lepas usah dikenang, jadikan sebagai pengajaran untuk masa akan datang. lepas aku dapat tau result aku tu secara tiba2 je aku rasa macam masa depan aku gelap, aku rasa macam aku tak dapat nak capai cita2 aku yang tinggi menggunung tu. betul2 hilang mood, aku pelik kenapa orang lain boleh dekan tapi kenapa aku xboleh, bengap sangat kot kepala otak aku ni. sekarang ni hilang semangat, mana pergi ntah semua semangat aku, rasa macam nak nangis je. aku betul2 kecewa, aku xdapat bagi apa yang mak ngan ayah aku harapkan.

" mak, ayah..i'm sorry :( "

Selasa, Jun 01, 2010

nothing to display

no news for this week. bosan. aku cume nak cakap yang aku sekarang nak berehat daripada bercinta. sebarang cinta dari manusia yang berjantinakan lelaki tidak akan dilayan buat masa ini.

harap maklum.
terima kasih.
---------------------------------------------------------------------------------