Khamis, Jun 24, 2010

Allah itu Maha Adil.

aku ada terbaca dalam satu buku ni, dia tulis kat situ yang kita tak sepatutnya membandingkan diri kita dengan orang lain sebab itu akan memberi kesan negatif kat diri kita sendiri. aku selalu jugak la banding2 kan diri aku dengan orang lain, yela orang lain pandai, tapi kenapa aku tak boleh jadi macam diorang. ternyata apa yang aku buat tu salah. buku tu tulis lagi kita dibesarkan dalam latabelakang keluarga yang berbeza dan suasana yang berbeza, jadi perkembangan emosi,jiwa dan fikiran manusia tidak sama. dia tulis lagi jangan menyangka harta orang lain yang banyak maka dia lebih baik daripada kita, dan jangan pula berasa bahawa satu hari nanti harta kita banyak daripada mereka, kita lebih baik daripada mereka.
jadi kita kena bina diri kita sendiri, sayang diri sendiri. Allah tu Maha Adil, Dia kurniakan bakat dan kemampuan untuk capai kejayaan dalam hidup berbekalkan kelebihan dan kekurangan yang ada dalam diri kita ni.
kesimpulannya, kita harus bandingkan diri kita sendiri dengan kemampuan dan kebolehan yang kita ada.

notakaki: apa yang ditulis diperolehi daripada sebuah buku.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan