Selasa, Disember 14, 2010

pangkat & kuasa

manusia bile da ada pangkat mule lah nak tunjuk kuasa dia, pandang orang bawah sebelah mata je, x ingat da time dia duk bawah dulu. manusia macam ni kite panggil dia GILA KUASA. tapi xsemua manusia macam tu, ade sesetengah je. yang sesetengah tu la yang bleh buat keadaan yang tenang jadi kacau bilau. yang paling menyakitkan hati bila dia gunakan kuasa ngan pangkat yang dia ade tu untuk kepentingan diri sendiri,tu da terlebih gila kuasa. manusia macam ni patut kena campak jauh2 dalam gaung. jangan pikir orang bawah yang xde pangkat ni bodoh, kadang2 orng yg xde pangkat ni lah yang lagi cerdik pandai dari orang yang de pangkat. bila kerja dengan sama2 melayu payah, melayu suka nak tindas kaum dia sendiri, dengki, cemburu sama2 sendiri, bukan nye nak tolong kaum sendiri. bersaing secara sihat xpe, ni bersaing nak jatuh kan orang, ape smua ni. lagi2 bila da duduk kat atas, perghhh! die punye berlagak macam taik!

Isnin, Disember 06, 2010

baik vs jahat.

da lame x menaip, trlalu sibuk bekerja, cari duit utk masa depan,nak kawin!! haha! xde la. tengok ramai sangat org da kawin, so tringin lak, tp bkn mse nye lagi. banyak lagi benda yang perlu diselesaikan. da dkt 5bln kje tp duit simpnan duk mcm 2 jgk xbrtmbh2 pn, pning da ni fkit nk cri duit cmne lg, tp alhamdulillah la duit yg ade 2 pun da ckup nk wat belanja sikit2, tak brgantung kat mak ngn ayah da. perjalanan hidup aku sekarang so far so good,alhamdulillah, kdg2 rase ckit tkanan, biase la da nama pun hidup. kdg2 ade kt atas, kdg2 kt bwah.
hidup ni kdg2 aku sndri pn xfhm, rmai manusia yg baik tp disebalik baik 2 trsembunyi jahat die. knapa manusia ni xbley nak jadi diri sendiri, berselindung utk kepentingan diri sendiri. ni la dunia dan ni la hidup, tak dinamakan hidup kalu hidup tanpa kepura-puraan, pembohongan, kepalsuan dan yg sewaktu dgn nye. aku tak nafikan yg diri aku sendiri trlalu banyak sangat buruknye. tp bia la org sekeliling yg nilai kn.

bijak pandai de mengatakan, untuk mengetahui kelemahan dan kekurangan diri jangan tanya pada kawan baik, tetapi lihatlah apa yang musuh kata kan.

Jumaat, Oktober 01, 2010

muka bertalam talam.

malas nk cerita pasal manusia ni, aku pun manusia jugak, biase la manusia xsempurna, banyak salah silap yang dibuat, tapi itu secara tidak sengaja, tapi kebanyakan salah silap yang dibuat adalah secara sengaja. da tau benda tu salah tapi buat jugak. nak cerita kat sini pasal manusia yang muka nye bertalam talam. betul betul x suke manusia yang berperangai macam ni. depan baik je macam malaikat, pijak semut pun xmati tapi bile kat belakang segala haram jadah ape yang kau xkate. setan pun tabik spring kat manusia yang macam ni. sampai kembang hidung setan2 yang ade sbab segala ilmu yang diturunkan dipraktik kan dengan baik sekali dan begitu sempurna. depan si A cite psal si B, depan si B, cite psal si A. kalu cerita benda yang baik2 xpe, ni benda buruk g cerita wat menatang ape. sebelum cerita psal keburukan orang cermin diri sendiri dulu, da cukup baik ke, da cukup sempurna ke nk mengata2 orang 2. kalu rase diri 2 banyak sangat keburukan lupa kan la niat SUCI 2 nak cerita psal orang len.

cuma untuk renungan bersama, tiada kene mengena antara yang hidup dan yang telah meninggal dunia.

Rabu, September 29, 2010

miss u damn so much!

rindu? yup,memang rindu tahap dewa la. rindu nak berblogging ni. fuhh! lame jgk la aku xbukak menatang blog ni, smpai da berkulat da aku punye. ni baru nak start blik ape yang aku da lama tinggal kan ni. macam biase xde ape pun yang nak diceritakan, sebenar nye same je aku tulis ke x,tapi ade jugak la yg aku nk cite kn ckit. keje, semakin baik, sambil2 cri kje lain keje kt c2 dlu, gaji pn ok. belajar,hmm..ntah la, mood nk blajar semakin lama semakin trhakis, bkn xnk sambung lg, aku nk sgt smbung lg, tp aku rasa buat masa ni baik aku keje dlu, cri duit dlu, bile kewangan da ok bru aku smbung. aku nak settle kn hutang mse belajar dulu yg beribu raban yg nth tahun bile dpt abis byar. kalu aku smbung lg skg brtmbah2 la plak hutang nanti. mane la tau esok luse ajal aku smpai, aku xnak mati dalam keadaan tgh berhutang, aku xnak mak ngn ayah aku susah payah byar hutang aku, aku yg gune duit 2, tp diorg plak yg bayar, ape kes kn. anak jenis ape la aku ni kalu ni kalu da mati nanti pun mnyusahkan org. kalu bleh aku nk gune duit sendiri nk smbung belajar nanti. xnk da pnjam2 ni, sakit nk bayor nye. aku ade cita2, aku nk cpai cita2 aku 2, aku nk senang kan hidup mak ngn ayah aku.
INSYAALLAH.

Rabu, Ogos 04, 2010

oh! ok.

tersangkut jugak akhirnye. bia hati aku ni keras macam batu sekali pun, tibe2 je boleh jadi lembut. pelik. mungkin ada sesuatu dekat dia yang buat kan hati aku ni jadi lembut. selama ni kalu aku pandang lelaki rasa macam nak belasah je muka diorang, tapi bila dengan dia lain plak jadinye, haishh! tapi xpela, mungkin ada hikmah disebalik pertemuan aku ngan dia. he always make me smile =) so, aku rasa sangat2 bertuah sebab jumpa dia. sangat2 berharap yang dia adalah yang terakhir.
ok.

Selasa, Julai 20, 2010

kerja.

first interview,terus dapat keje. syukur. mane tak nye masa interview 2 gelabah nak mampus, aku tak confident langsung jawab soalan dia. tengok2 da boleh keje. kira ok la aku punye gelabah 2. keje penat. sepanjang masa kena wat keje. staf2 yang lain semua baik2, xsombong, bos lagi la baik. so, keje pun seronok la. hope dapat keje lama, sebab nak cari duit lebih , nak tolong mak ayah aku. nanti esok2 diorang gak yang senang. sebab 2 salah satu cita2 aku, aku nak senagkan mak ngan ayah aku. aku xnak da tengok diorang ssh2 keje. walaupun keje aku ni xseberapa dan xde kena mngena langsung ngan ape yang aku belajar selama ni, tapi aku bersyukur.

Khamis, Jun 24, 2010

Allah itu Maha Adil.

aku ada terbaca dalam satu buku ni, dia tulis kat situ yang kita tak sepatutnya membandingkan diri kita dengan orang lain sebab itu akan memberi kesan negatif kat diri kita sendiri. aku selalu jugak la banding2 kan diri aku dengan orang lain, yela orang lain pandai, tapi kenapa aku tak boleh jadi macam diorang. ternyata apa yang aku buat tu salah. buku tu tulis lagi kita dibesarkan dalam latabelakang keluarga yang berbeza dan suasana yang berbeza, jadi perkembangan emosi,jiwa dan fikiran manusia tidak sama. dia tulis lagi jangan menyangka harta orang lain yang banyak maka dia lebih baik daripada kita, dan jangan pula berasa bahawa satu hari nanti harta kita banyak daripada mereka, kita lebih baik daripada mereka.
jadi kita kena bina diri kita sendiri, sayang diri sendiri. Allah tu Maha Adil, Dia kurniakan bakat dan kemampuan untuk capai kejayaan dalam hidup berbekalkan kelebihan dan kekurangan yang ada dalam diri kita ni.
kesimpulannya, kita harus bandingkan diri kita sendiri dengan kemampuan dan kebolehan yang kita ada.

notakaki: apa yang ditulis diperolehi daripada sebuah buku.

Rabu, Jun 23, 2010

hitam itu menawan. putih itu bergaya.

hitam putih, warna kehidupan aku. diterapkan ke dalam blog yang berwajah baru. bosan kot dengan yang lama. kalau aku bosan yang membacanya lagi la bosan kan. so, just enjoy it!

p/s: xde cerita yang menarik untuk paparan kali ni.

Isnin, Jun 21, 2010

unexpected result.

first entry untuk bulan ni. keputusan yg tak disangka, tapi alhamdulillah. keputusan yg tak disangka tidak bermaksud keputusan yang gempak, tapi keputusan yang bagi aku amat teruk, tapi aku bersyukur sebab xde yang gagal. aku sendiri pun tak tau kenapa result aku jatuh menjunam, nak kata aku tak study, aku study even study last minit pun, entah la. mungkin ade salah satu subjek yang membuatkan result aku teruk. mana tak nye, masa presentation untuk final projek, aku kena hentam teruk ngn penilai. dia kata aku tiru report orang lain la. dush! memang aku rasa down gila masa tu. mungkin subjek tu markah aku rendah. kadang2 aku rasa macam tak adil, tapi tak pe la, benda yang da lepas usah dikenang, jadikan sebagai pengajaran untuk masa akan datang. lepas aku dapat tau result aku tu secara tiba2 je aku rasa macam masa depan aku gelap, aku rasa macam aku tak dapat nak capai cita2 aku yang tinggi menggunung tu. betul2 hilang mood, aku pelik kenapa orang lain boleh dekan tapi kenapa aku xboleh, bengap sangat kot kepala otak aku ni. sekarang ni hilang semangat, mana pergi ntah semua semangat aku, rasa macam nak nangis je. aku betul2 kecewa, aku xdapat bagi apa yang mak ngan ayah aku harapkan.

" mak, ayah..i'm sorry :( "

Selasa, Jun 01, 2010

nothing to display

no news for this week. bosan. aku cume nak cakap yang aku sekarang nak berehat daripada bercinta. sebarang cinta dari manusia yang berjantinakan lelaki tidak akan dilayan buat masa ini.

harap maklum.
terima kasih.
---------------------------------------------------------------------------------

Sabtu, Mei 22, 2010

. hadapi dengan senyuman .

Hadapi dengan senyuman
Semua yang terjadi
Biar terjadi .
Hadapi dengan tenang jiwa
Semua... Kan baik baik saja

Bila ketetapan tuhan
Sudah ditetapkan
Tetaplah sudah .
Tak ada yang bisa merubah
Dan takkan bisa berubah

Relakanlah saja ini
Bahwa semua yang terbaik
Terbaik untuk kita semua
Menyerahlah untuk menang


maaf dewa, aku cilok sebentar kau punye lagu. lagu kau terbaik sebab tu aku amik wat entry aku kali ni.

Ahad, Mei 16, 2010

fuck!

kali ni aku memang betul2 bengang. benda sama jadi kat aku lagi. aku rase cam orang bodoh je sekarang sebab di tipu oleh orang yang bodoh. kau x perlu lah nak sakit kan hati aku dengan letak gambar dekat wall kau. aku faham dan aku da lama tau taktik yang kau guna kan sekarang ni. da bertunang dengan pilhan keluarga, sakit barah otak? oh, kau boleh tipu orang lain, tapi bukan dengan aku. sekarang zaman da berubah, dunia da maju, mak bapak pun xde masa la nak cari kan jodoh. kau da besar, kau boleh buat pilihan kau sendiri. setahu aku la kan sakit barah otak ni kalau da sampai tahap yang teruk, terlantar kat hospital, nak cakap pun xboleh da, apatah lagi mengadap laptop dan memasukkan gambar yang nak sakit kan hati aku 2. dan setahu jugak la kan orang yang da nak mati, xkan cakap yang die da nak mati. apa salah nye kau terus terang je dekat aku yang kau da xsuke kat aku, yang kau da jumpe perempuan yang lagi cantik dari aku. "cantik ker". bukan semalam aku dilahirkan ke dunia ni, da 20 tahun da aku hidup, aku da masak da ngan perangai lelaki yang macam kau.
masa mula2 kenal kata2 kau begitu indah sehingga buat aku terpedaya, sehingga aku terseksa sekarang. aku xtau la taktik ape yang kau guna. masa couple bukan main lagi cakap," xde orang lain pun dalam hati ni, sayang sorang je yang abg sayang " bila tanya sayang ke x, "kalau xsayang xlayan da"
haktuih! ludah yang aku xkan sesekali jilat balik.
aku sangat2 berterima kasih pada yang maha kuasa sebab da tunjukkan kebenaran dekat aku. orang yang aku puja, yang aku sayang selama ni seseorang yang sangat pandai berkata2, dan seseorang yang suka memainkan hati insan yang lemah macam aku ni.
kau buat macam ni sebab kau xtau lagi aku macam mane kan. sebab tu kau dengan sewenang2nya memainkan perasaan aku.
aku amat2 berharap yang maha adil lagi maha berkuasa dapat memberi balasan yang setimpal ke atas manusia yang telah membuat hidup aku derita.

Khamis, Mei 13, 2010

satu je yg aku nk cakap sekarang. DAMN!! uhh!

nape ha perkara ni selalu je jadi kat aku. memang nasib aku selalu malang kalau dalam hal ni. xpernah bernasib baik. da banyak kali da. rase cam nak putus asa je. tapi aku kena kuat.
yarghh! i have to be strong.

Rabu, Mei 12, 2010

susah.

ape yang aku da buat sampai aku rase teruk sangat, diri ni rasa macam xberguna, xbernilai. aku cuba jadi yang terbaik, tapi terlalu susah org nak terima. org xnampak kebaikan aku, yang nampak cuma keburukkan je. itu lah manusia. manusia tak lepas dari melakukan kesilapan, dari kesilapan tu la yang mengajar kita untuk jadi yang terbaik. mungkin sebab dulu aku banyak buat silap, sebab 2 benda 2 berbalik pada aku. bak kata pepatah what goes around comes around.
terima dengan hati yang terbuka dan redha dengan apa yang dah berlaku. ini adalah jalan hidup aku yang dah di tentukan ALLAH. mungkin pada penghujungnya ada kegembiraan atau yang lebih baik sedang menunggu.

Ahad, Mei 02, 2010

ishh!

day by day. pergi macam tu je. sebab xtau da nak watpe ngn day2 tu. hari2 aku makin lame makin sedih. ntah la sama ada perasaan aku atau ia memang betul2 terjadi. aku rase diri ni semakin dipinggirkan oleh seseorang. aku rasa macam ada orang sengaja ambil kesempatan atas diri aku yang lemah ni. mentang2 lah hati aku ni lembut. suka2 kau je nak ambik kesempatan. tapi tak pe. bumi ni berputar bulat. satu hari nanti apa yang jadi kat aku kemungkinan akan terjadi dekat kau pulak. sabar je beb. ALLAH tu maha adil. mungkin ape yang jadi kat aku sekarang ni atas kesilapan yang pernah aku buat dulu. sekarang ni aku betul2 da insaf, perkara yang dulu xmungkin akan jadi lagi kecuali keadaan memaksa. sekarang ni keadaan betul2 memaksa aku, tapi aku kena sabar, chillax, xboleh ikut kan perasaan sangat. buruk padahnya nanti.
so aku sekarang ini ibarat menanti bulan jatuh ke riba, tggu sesuatu yang xmungkin terjadi. macam tunggul je rasa sekarang ni. macam orang bodoh. tapi xpe, mungkin ade hikmah di sebalik kejadian yang jadi kat aku sekarang ni.

dush! dush!

Khamis, April 29, 2010

oh,perempuan!

ish! aku sebenarnye x suke la nak gaduh2 ni, jatuh maruah aku sebagai seorg perempuan. tapi aku wat ni pun sebab terpaksa, aku ni kan jenis susah ckit nak cite kat org, so kat sini je la tempat aku luahkan benda2 yang aku btul2 xpuas hati.
aku paling pantang org masuk cmpur hal aku, jage tepi kain aku. kalau nk msuk campur atau nak jage tepi kain aku pun tengok tempat la, jangan la hal yang dalam kain pun nak masuk cmpur. ni da kes berat. bagi aku silent is the best way. kalau aku gaduh, caci maki pun x gune, sebab perempuan 2 jenis kepala batu, even aku just mesej2 je ngn permpuan 2 aku bley tau la prangai dia macam mane. dasar perempuan jalang, perempuan xtau malu.
kalau nak sangat dekat bf aku tu ko amik je la, aku xingin la nak rebut2 ni. lagi 1, macam la dia nak kat ko lagi kan. fikir la sikit, dia tinggal kan ko pun sebab perangai ko yang buruk 2.
setakat mesj2 aku cakap nak g jumpe dia, nak mesra2 ngan die, aku x heran la.
masalah aku ngan die pndai2 la kitorg nak settle kn macam mane,yang ko sibuk sgt 2 knapa. aku tak perlu kan pertolongan ko la.
jangan sampai aku upah orang g cari ko, ko ingat aku x berani nk wat cm 2.

ish!! aku x kisah da la pe nak jadi lepas ni jadi la, aku da penat. sekarang ni aku cuma berserah je pada yang maha adil.

ya ALLAH, KAU berikan lah kekuatan ke atas diriku ini untuk hadapi segala dugaan dan cabaran yang ada dan yang bakal aku tempuhi.
amin..

Ahad, April 18, 2010

oh exam! i like it (=

final exam. untuk kali yang ke 6 dan yang terakhir(hope for that). 2 lagi paper ade. paper tadi macam bangang dia punye soalan,hee~~ aku rase kalu aku x baca buku pun xpe,sebab baca buku ngan x baca buku sama je. 2 paper lagi ada masa 4 hari untuk aku study. harap dapat buat yang terbaik. ini harapan aku ngan mak ayah aku. xnak hampakan diorang.

Rabu, April 14, 2010

silent :|

silent is the best way right now. 2 more weeks in the "hell". lepas tu bebas dari semua masalah yang ada. teruskan hidup dengan apa yang telah tertulis dan yang telah di tentukan oleh ALLAH.

Rabu, Februari 17, 2010

problem is everywhere .

sangka panas sampai petang, rupenya hujan lak tengah hari. ungkapan tu sesuai benor la ngan keadaan sekarang ni.
masalah, oh, masalah . kau ada kat mana2 je kan walaupun di tengah2 kebahagiaan kau sempat jugak menyelit.
aku sangkakan sebuah keluarga yang bahagia dan aman tak akan timbul sebarang masalah, tapi sangkaan aku meleset,tersasar jauh. sejak 2,3 hari ni masalah besar melanda sebuah keluarga yang bahagia. anak lelaki kepada keluarga itu telah mencipta masalah kepada diri sendiri dan keluarga tersebut.
dia yang selama ini berkelakuan baik telah berubah menjadi seorang anak yang derhaka. ini kerana dia sering pulang lewat malam tanpa alasan yang munasabah. si ibu dan bapa sudah puas menasihatinya tetapi perangainya tidak berubah.

ya ALLAH ya TUHAN ku, KAU beri lah petunjuk, jalan yang benar dan lurus kepada anak lelaki keluarga tersebut ya ALLAH. semoga dia dapat menjadi anak yang soleh sekaligus dapat berbakti kepada ibu bapanya.

amin..

Ahad, Februari 07, 2010

new love? dont know..but,maybe..

hah!!
cinta baru setelah beberapa bulan sepi tanpa cinta..
ceh,ceh,ceh..
aku yang rasa cinta,bagi dia mungkin tak..
tapi tak pe..
biar lah aku rasa bahagia untuk kali ini je..
seronok bila dengan dia walaupun untuk pertama kali..
tapi aku tak nak berharap terlalu tinggi yang dia akan cintakan aku macam mana aku cinta kan dia sekarang ni,sebab kalau jatuh nanti sakit rasa nye..

oh,no!!

i'm in LOVE with you.........

Sabtu, Februari 06, 2010

oh, no!!

emosi tak stabil..
tak tau kenapa..
duduk sorang2 then nangis..

pelik..

ada masalah..
tapi tak tau apa dia..

pelik..

ada orang kata aku ni mental disorder..
mood yang boleh berubah-ubah sekelip mata..
dia suruh aku pergi cek ngn psikatri..
tapi aku cakap aku tak gila..
dia cakap cuma cek je..

pelik..

aku yang sihat walafiat ni tiba-tiba berpenyakit..
entah ye ke tidak entah..
malas nak fikir..
dalam kepala ni ada 1001 masalah..
mungkin sebab 2 kot emosi aku tak berapa nak stabil..

2,3 hari ni jugak la kepala aku selalu sakit..
urat-urat dalam kepala ni macam tegang..
menarik antara satu sama lain..
macam nak pecah da..
tapi still chillax..
kalau aku layan nanti lagi aku rasa sakit..

.
.
.
.
.
.

Jumaat, Februari 05, 2010

KiSAH

mengUMPAT aku?

ade aku kisah...

TAK SUKA aku?

ade aku kisah...

BENCI aku?

ade aku kisah...