Selasa, Oktober 02, 2012

dia cabar saya

akhirnya, aku berjaya meluahkan segala ketidak puasan hati ni kat orang yg paling aku benci, tapi ada ke patut dia cabar aku bagitau kat pihak atasan, ish dia da cabar salah orang la, aku ni manusia yang paling pantang ada orang cabar. dia pikir aku ni takut sangat ke nak bagitau kat pihak atasan pasal perangai kau yg macam cilaka tu. kita tengok la nanti sape yg akan menggelabah cam gila cam xckup tempat nak lari.
aku orang pertama yang akan bangun dengan bertepuk tangan kalu kau kena tindakan yang sepatutnya kau terima. aku xkan angkat kaki dari tempat tu selagi orang macam kau x terima hukuman yang setimpal. aku akan terus ada kat c2 sampai kau betul2 dapat rasa apa yang aku rasa selama kerja bawah orang yg cilaka cam kau.
aku berada dipihak yang benar, aku tak perlu takut kalu orang atasan soal siasat aku ni macam penjenayah.
kita hidup dalam negara yang ada undang2, aku xpernah rasa takut dengan orang yang macam kau.

aku tengah tunggu, tengah menghitung hari.

Sabtu, September 29, 2012

no respect

hati ni tersangat la perit, sadis nak lalui hari2 yang mendatang. sangat2 tertekan dengan keadaan sekarang yang tersangat la tak seronok. suasana kat tempat keje yang semakin hari semakin membebankan kepala otak ni. rasa nak amik cuti seumur hidup. tapi pe boleh buat cuma 2 je hasil rezeki aku sekarang ni. tersangat la rasa malang bila bekerja 1bumbung ngan orang yang bodoh sombong. aku sendiri xfaham kenapa orang macam dia tu boleh naik pangkat sedangkan 1 keje pun dia tak tau buat. ape la yang orang atas da nampak kat diri dia 2. semakin hari semakin benci nak menghadap muka dia, semakin benci nak pergi keje. jadi semakin benci semakin menyampah tahap maksimum lepas dia sound aku. hoiiii !!! kau ingat aku ni xde hati ngan perasaan ke, tahap kesabaran aku ada had. kau ingat dengan pangkat yang kau ada 2 kau ada hak nak sound marah2 aku. kalu aku buat silap aku boleh terima kau nk marah aku, tapi kau marah aku atas sebab apa? aku langsung xbagi masalah pun kt kau. sumpah, lepas ni aku xkan hormat da kat kau walaupun kau orang atasan aku, orang macam kau xperlu dihormat. keputusan muktamad!!!

Isnin, Mei 28, 2012

hidup ni memang kadang-kadang ada mase dia tak adil dan ada masa adil, tapi bagi diri aku, hidup aku lebih kepada tidak adil. kenapa perlu memberitahu bercerita tentang orang len sedang kan aku mengharapkan sesuatu itu selepas diberi harapan menggunung. sebab tu aku cakap tak adil sebab aku diberi harapan tapi orang len lak yang dapat sedangkan orang len tu xde kna mengena ngan aku pun. jadi kesimpulan sekarang pe kaitan orang tu ngan aku. xpela, da rezeki berpihak pada dia, segala kerja yang dia buat akan dapat perhatian dari pihak atasan, aku punye keje orang langsung xnampak. jadi lepas ni aku cuma akan wat keje yang patut aku buat sahaja, kalau kau nak suruh aku buat aku akan cakap cm ni "AKU CUMA ORANG BIASA YANG TAK LAYAK NAK WAT KEJE KAU, KALU AKU WAT PUN APE YANG AKU DAPAT, AKU CUMA DAPAT PENAT SAHAJA!! KAU DAPAT APA, KAU CUMA RELAX GOYANG KAKI" so lepas ni i just do my work, not your work.

Jumaat, Mei 06, 2011

hurt.

penat da. terlalu penat nak rase semua ni. sakit, sakit sangat. nape perasaan tu mesti ada. sakit bila rasa cemburu, cemburu tahap paling2 maksimum. aku jugak yg rase sedih nanti. bila da sedih xde sape pn yg sudi nk pujuk. sebab 2 xsuke rase gitu.
tapi cemburu aku bertempat, aku memang patut rasa cemburu. orang kate cemburu tanda sayang,yeke? entah la.

ahhh! peduli kan semua tu, yang penting skg perasaan aku yg tgh pnas gila ni. sebab ape? bia aku sendiri je yg tau.

Selasa, April 26, 2011

emosional.

emosional. apakah perasaan itu? ape pun dia yg pasti aku tak suka ada perasaan tu, shuuhhhh!! pegi jauh2. menyakitkan bila ada perasaan tu. habis semua org yg xbersalah kena maki hamun kalu ada perasaan tu. bg pmpuan cm aku ni mungkin da biasa ngn perasaan tu, tiap2 bulan confirm la mesti rasa gk, tak banyak ckit pn jadi la. cm aku ni bila nk dekat da ngn hari benda merah mesti la org yg dekat ngn aku kena,yg jauh pun kne gk. confirm kena walaupun org tu xde wat salah. hmmm, terukan, tapi nk wat cmne, aku susah nak kawal peraasaan tu bila datang masa dia.

bukan salah saya, peraasaan tu yang datang ngan sndiri!

Selasa, Februari 15, 2011

ini lah nasib.

kerja ni banyak cabaran. nampak je senang tapi macam2 dugaan ngn cabaran kena tempuh. perit,sakit, terlalu sadis nak terima. tapi sebab ni yang aku pilih kena la lalui jugak. ceritanya berbunyi begini.....
faham2 la kan aku keje ape, keje kat kedai 24jam ni. boleh tahan la nak layn macam2 ragam, perangai ngan kerenah customer. kata pepatah customer always right , tp aku xberapa nak setuju sangat la ngan pepatah 2, memang ada mase2 customer 2 btul, tapi jarang sangat la kena yang betul 2, hari2 ade je perangai customer yang aku jumpe yg boleh bikin panas je hati ni. 2 xkena, ni xkena, macam2 la. tapi hari yg paling perit untuk aku kje, hari sabtu. yela skang kn kerajaan da kuatkuasakan hari tanpa plastik setiap hari sabtu, tapi still lgi ade masyarakat yg xtau psal ni, ape diorg xbace sok kabar ke. pnat tau tiap hari sabtu aku kena ckap yg hari ni hari tanpa plastik, kalu nk plastik jgk kene bli la, 20sen je. kalu dapat customer yg tau dan faham xpe la jgk,tp kalu dpat yg macam katak duk dalam tempurung ni pyah la sikit nk terangkan, bila da pnjang lebar terangkan kt diorg aku jgk yg kne maki balik, hey! nk marah ke ape ke marah la kt kerajaan, bukan kt aku la. nk byar 20sen pn ssh sgt ke, ape ke haji bakhil la org2 mcm ni. tp aku ape2 pn,kne cool la, kne marah, maki pn still bley senyum lg, dpn diorg je la, ble diorg da blah aku bg r balik sedas dua. (berani kate blakang je) tp 2 hakikat yg kau kena terima bila aku keje cam gini. tp seronok la dapt jumpe macam2 jenis org. xsemua manusia same.

Sabtu, Januari 15, 2011

oh! tolong la berhenti.

huh! dem syit! aku nk mintak tolong satu hal je,tolong la kau berenti cakap besar. aku naik menyampah dengar kau tau tak,tangan aku ni panas je nak bagi penampar kat mulut kau. kau nk tau kenapa, sebab kau selalu cakap benda yang membangga kan kau,hal yg bley buat kau lupe daratan sesaat. kau ingat semua org termasuk aku suke sangat ke nk dengar kau punye cerita 2. cakap je la terus terang yg kau memang nak kn "benda" tu. xpayah cakap la kau xkisah kalu xdapat pn, dari cara kau cakap pun budak tadika pun bley tau pe yang kau nak kn. lagi satu hal, tolong la jangan terlalu bangga sangat bila kau da berjaya buat sesuatu. aku menyampah tengok muke kau bila kau bangga. nanti xpasal2 kakiku di kepalamu. lagi satu, bila buat sesuatu jangan banyak merungut, sebab kau yang mintak buat sesuatu tu. sebab kau yang gila kan sesuatu tu. kau ingat kau baik dengan orang besar kau bley dapat pe yg kau nk, piiirahhh, kalu kau dapat jugak memang surat layang la aku bagi dekat orang besar 2. AMARAN KERAS!